Saringan pertama peraduan Buletin Mutiara selesai

GEORGE TOWN – Sebanyak kira-kira 2,000 penyertaan bagi pertandingan Bakat Si Cilik Mewarna 1/2018 dan 1,000 penyertaan bagi Pertandingan Melukis Poster Saya Anak Malaysia diterima.

Saringan pertama bagi kedua-dua pertandingan yang mula dibuka pada 1 Julai hingga 30 September 2018 telah selesai proses saringan awal, hari ini.

Pemenang bagi Bakat Si Cilik Mewarna 1/2018 berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai RM250 bagi tempat pertama, RM150 (kedua), RM100 (ketiga) dan 10 hadiah saguhati.

Manakala, bagi Pertandingan Melukis Poster Saya Anak Malaysia, RM500 ditawarkan kepada pemenang pertama, RM300 (kedua) dan RM200 (ketiga).

Hanya perserta yang terpilih sebagai pemenang sahaja akan dihubungi pihak Buletin Mutiara dan keputusan adalah muktamad.

Oleh: WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar: NOOR SITI NABILAH NOORAZIS