Sedia khidmat guaman percuma untuk pekerja ditindas

Admin
王宇航

GEORGE TOWN – Firma Guaman Willie Ong & Co. bersama Ahli Majlis dengan kerjasama  Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Wong Yuee Harng menawarkan khidmat guaman percuma bagi golongan pekerja yang ditindas majikan.

 

 

Menurut Yuee Harng, idea tersebut timbul memandang pandemik yang melanda kini banyak menjejaskan golongan pekerja dan ada diantaranya yang teraniaya.

 

 

“Ini merupakan satu projek komuniti yang menawarkan khidmat guaman terutamanya melibatkan kes seperti pembuangan kerja tanpa pengadilan, penolakan gaji yang tidak munasabah serta hukuman berat yang tidak setimpal.

 

 

“Melalui perkhidmatan ini kita akan menapis segala permohonon yang sangat memerlukan namun tidak mampu untuk mendapatkan khidmat peguam,” ujar Yuee Harng kepada pemberita dalam satu sidang media melalui aplikasi Zoom semalam.

 

 

Willie Ong ketika bercakap kepada pemberita memberitahu, setiap aduan tidak semestinya akan terus dibawa ke mahkamah.

 

“Sebaliknya kita akan cuba mencari penyelesaian terlebih dahulu dengan majikan, sebelum penilaian dilakukan untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

 

 

Orang ramai yang berdepan masalah berkaitan boleh menghubungi talian 010-7780488 untuk bantuan.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS