Serahan 936 hamper Deepavali ceriakan penerima KADUN Perai

Admin
84bcfb50 5c41 4d04 aeb8 f2b6d7aeda40 S. Sundarajoo menyantuni salah seorang penerima hamper yang menyertai majlis di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng di sini, semalam.

PERAI – Sejumlah 936 hamper perayaan disampaikan kepada penerima terpilih di peringkat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Perai bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Deepavali.

Majlis penyerahan tersebut disempurnakan oleh Exco Perumahan dan Alam Sekitar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Dato’ Seri S. Sundarajoo, bertempat di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng di sini semalam.

61861205 6deb 4a21 86af 43a8b7c9958e
S. Sundarajoo

Menurut Sundarajoo, sebanyak 1,200 pek hamper disediakan secara keseluruhan dan baki 264 hamper lagi bakal diagihkan oleh Pusat Khidmat Rakyat ADUN Perai kepada pihak berkenaan dalam tempoh minggu ini.

“Sumbangan bernilai itu diharap dapat membantu melengkapkan keperluan seisi keluarga penerima menjelang hari perayaan (Deepavali),” ujar beliau.

9f55f8ed 8767 44a8 92d5 dc1b827c96b4 0791abd2 779b 4424 822c 761941d94d00 5e3a3be5 b47c 4e78 95fb 060cf251a80aSelain sumbangan perayaan utama, difahamkan, Pusat Khidmat Rakyat ADUN Perai turut menyampaikan hamper raya kepada pelbagai pihak termasuk kakitangan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), kakitangan pembersihan Komtar, warga SMK Tun Hussein Onn dan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat agar sentiasa menggunakan beg boleh guna semula dan mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna bagi membendung penjanaan sampah sepanjang musim perayaan nanti.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB