Sertai jamuan, simbol solidariti KM bersama penduduk Kg. Pmtg. Tok Subuh

MACHANG BUBUK – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng baru-baru ini menghadiri kenduri di Kampung Permatang Tok Subuh, sekaligus dilihat sebagai simbol solidariti Kerajaan Negeri bersama-sama perjuangan penduduk asal mendepani langkah pengusiran daripada tuan tanah persendirian di sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk, Lee Khai Loon, Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam), Jab Somat (Penyelaras Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti, JKKK , KADUN Machang Bubuk) dan Choo Choon Khai (wakil Jaringan Rakyat Tertindas, JERIT) turut sertai majlis keraian tersebut.

Selepas jamuan, Guan Eng dan Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Hak Penduduk Kampung Permatang Tok Subuh, Hamidah Che Embi saling berbincang mengenai langkah susulan demi membela nasib penduduk asal terbabit.

Lebih 20 keluarga menunggu masa untuk diusir daripada rumah masingmasing, selepas penghakiman ingkar untuk mengusir mereka yang berkenaan dari tanah kampung tersebut berjaya diperoleh tuan tanah sebelum ini.

} else {