Sertai kejohanan lumba basikal antarabangsa PP 23 Jun!

Admin

Oleh: WATAFA NATAF ZULKIFLI

GEORGE TOWNKejohanan lumba basikal ‘Where 2 Go Ultimate Challenge’ akan diadakan pada 23 Jun ini di Padang Kota Lama di sini ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai ‘destinasi berbasikal dunia’.

Ecxo Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, pihaknya berharap penyertaan kejohanan itu boleh mencecah 3,000 orang, termasuk dari Singapura, Thailand dan Indonesia.

“Acara pelepasan dijadual pada 7.30 pagi dan dijangka tamat pada 1.00 petang.

“Pada tahun 2008, kita mula memperbanyakkan aktiviti basikal di sini.

“Pulau Pinang juga mempunyai antara laluan basikal yang terpanjang di Malaysia hampir 200 kilometer (km),” ujarnya pada majlis siding akhbar di sini baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng turut hadir pada sidang media itu. Boon Poh yang juga ADUN Sungai Puyu berkata, aktiviti berbasikal giat dianjurkan sejak tahun 2008 di negeri berkenaan demi menggalakkan budaya hidup yang bersih, hijau, sihat dan selamat dalam kalangan komuniti.

Sebanyak tiga kategori dipertandingkan, iaitu Elit, Amatur (85km mengelilingi pulau) dan Lumbaan Ria sejauh 40km dari Padang Kota Lama ke Batu Maung melalui Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu di sini.

Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi ketegori Elit dan Amatur masing-masing akan menerima tunai RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.

Semua peserta turut dihargai dengan pemberian ‘goody bag’, jersi, makanan dan minuman, selain hadiah bagi acara cabutan bertuah.

Info lanjut atau urusan pendaftaraan boleh dibuat melalui laman web, penangevents.com.my atau hubungi talian 04 – 261 1342.