Sertai MBSP City Walk 2022, tarikh tutup penyertaan 30 September!

Admin

SEBERANG JAYA – Pendaftaran penyertaan MBSP City Walk 2022 iaitu acara jalan ria sejauh 4 kilometer (km) sekitar Menara Bandaraya di sini pada 10 Oktober 2022 nanti masih dibuka sehingga 30 September ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Azhar Arshad memberitahu bahawa maklumat berkaitan pendaftaran program tersebut boleh didapati di laman web dan Facebook MBSP serta web pendaftaran howei.com dan ticket2u.com.my.

Menurutnya lagi, yuran penyertaan RM15 seorang sahaja.

“MBSP berharap dengan program ini dapat mengeratkan lagi hubungan warga MBSP bersama-sama penduduk Seberang Perai,” jelasnya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis (MBM) di sini pada 27 September 2022.

Setiausaha Bandaraya MBSP, Baderul Amin Abdul Hamid dan beberapa Ahli Majlis bagi pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan turut sertai sidang media tersebut.

Dalam perkembangan lain, Azhar memberitahu bahawa program Promosi Pembayaran Cukai Taksiran, Sewaan & Kompaun MBSP melalui aplikasi ASPIRE Seberang Perai telah bermula pada 23 Mei lepas dan tamat 31 Ogos depan.

Sehingga kini, beliau memberitahu bahawa aplikasi ASPIRE berjaya mendapat lebih 12,000 pengguna berdaftar dengan hasil kutipan RM2.08 juta.

“Majlis cabutan nama pemenang yang bertuah bersempena promosi ini akan ditentukan selepas selesai Mesyuarat Majlis Penuh pada hari ini.

“Majlis cabutan pemenang akan diadakan di
Dewan Kenanga Menara Bandaraya MBSP dan ianya juga boleh disaksikan secara langsung melalui Facebook MBSP,” ujarnya lagi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS