Sertai PenMentor2025, perkasa keusahawanan wanita

Admin
group lsk

GEORGE TOWN – Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerusi Penang Women’s Development Corporation (PWDC) melancarkan Penang Women Entrepreneurs Mentoring Programme 2025 (PenMentor2025) bagi memperkasakan wanita dalam bidang keusahawanan.

 

Menurut Exco Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam, Lim Siew Khim, program ini selaras dengan visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri yang inklusif dan mesra gender.

 

lsk
LIM Siew Khim.

 

“PenMentor2025 menawarkan latihan intensif, bimbingan mentor, dan peluang rangkaian kepada usahawan wanita untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam perniagaan.

 

“Sejak tahun 2020, lebih 350 peserta telah mendapat manfaat daripada program ini dengan peningkatan purata jualan sebanyak 50 peratus pada tahun lalu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran (PenMentor2025) di Komtar di sini hari ini.

 

Siew Khim, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, menyeru lebih ramai usahawan wanita, terutamanya ibu tunggal, untuk menyertai PenMentor2025 bagimemanfaatkan peluang dan ilmu yang ditawarkan.

 

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PWDC, Dato’ Ong Bee Leng.

 

pwdc chairman
ONG Bee Leng.

 

Bee Leng dalam pada itu memberitahu, program tersebut bertujuan membimbing usahawan wanita di Pulau Pinang untuk memperkukuh kemahiran keusahawanan mereka dengan penekanan pada pemasaran digital sebagai elemen utama tahun ini.

 

“PenMentor2025 akan diadakan dalam tigabahasa, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Bahasa Mandarin, dengan setiap kumpulan dijangka mempunyai 35 orang menti.

 

“Menti akan dibahagikan kepada subkumpulan berdasarkan jenis perniagaan bagi memastikan isu-isu yang dibincangkan lebih relevan dan penyelesaian dapat dirangka secara efektif,” ulasnya kepada pemberita.

 

Difahamkan program ini turut melibatkan kerjasama dengan Digital Penang termasuk platform seperti TikTok Shop, Canva, dan CapCut, yang telah diperluaskan kepadab engkel selama dua hari.

 

Antara syarat-syarat penyertaan adalah; wanita Pulau Pinang, warganegara Malaysia; berumur 18 tahun dan ke atas; berdaftar atau tidak berdaftar lesen perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan semua kategori perniagaan diterima.

 

Yuran penyertaan sebanyak RM200 bagi kumpulan pendapatan B40 dan RM400 (kumpulan M40 dan T20) dan tarikh tutup sebelum 31 Julai 2025.

 

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, usahawan boleh mengimbas kod QR yang disediakan oleh PWDC atau melalui pautan Google Form.

 

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai PWDC Encik Farid atau Cik Hanis di talian 04-261 2835, atau layari laman Facebook rasmi mereka di https://www.facebook.com/share/1B3tdUH7oF/?mibextid=wwXIfr.

 

698dfff8 b1ce 41cc be46 6e6b2203244f 768x1086
POSTER program.

 

Oleh: M. DANESWARAN

Gambar: SITI NURATIKAH RAHMAT