Sinonim ‘muzium hidup’, kekalkan keseimbangan kemajuan dan pemeliharaan warisan

Admin
656c5e3c d271 4e50 8e84 209c191c8b9e

PENANTI – Pulau Pinang terus memperkukuh agenda pemeliharaan warisan negeri menerusi pelbagai inisiatif strategik yang dilaksanakan selari dengan gagasan Visi Penang2030 bagi memastikan pembangunan dan warisan bergerak seiring.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, Pulau Pinang sememangnya sinonim sebagai sebuah ‘muzium hidup’ yang unik dengan kekuatan terletak pada keupayaan mengekalkan keseimbangan antara kemajuan dan pemeliharaan warisan.

Menurut beliau, daripada keindahan seni bina di Tapak Warisan Dunia George Town hingga ke kampung-kampung tradisional di Seberang Perai, setiap sudut negeri ini menyimpan naratif sejarah yang amat bernilai.

“Kerajaan Negeri melihat warisan bukan sekadar tinggalan masa lalu, sebaliknya sebagai aset strategik yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi, memperkukuh perpaduan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Malah, warisan ini bukan sahaja mencerminkan siapa kita, tetapi turut menjadi asas kepada pembinaan masa depan yang lebih bermakna,” katanya ketika merasmikan Program Kenduri Warisan sempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri Tahun 2026 dekat Perpustakaan Desa Mengkuang Titi di sini sebentar tadi.

7e5655ec 5741 41ae a794 3ddf325c36ed ac504a1b b545 4296 88a5 f38e45feedb0 2a2921aa 5f04 4e58 a1ed bcb42c8e7e56
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Zulkifli Long; Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Teh Lai Heng; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Dato’ Baderul Amin Abdul Hamid; Ketua Pengarah Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin serta Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang, Ar. Zalena Abdul Aziz.

Mengulas lanjut, Kon Yeow menyatakan bahawa menerusi Inisiatif Strategik B3, Pulau Pinang telah mencapai 90 peratus daripada sasaran keseluruhan termasuk kejayaan membangunkan 10 produk destinasi antarabangsa baharu.

“Pembangunan 10 produk destinasi antarabangsa baharu telah mencapai 100 peratus sasaran pembangunan produk global yang mana menunjukkan Pulau Pinang berada di landasan tepat dalam memperkukuh sektor pelancongan dan warisan negeri.

“Sebagai makluman, tahap kepuasan pelancong kini mencecah 85.2 peratus sekali gus memperlihatkan Pulau Pinang kekal sebagai destinasi pelancongan berkualiti tinggi di peringkat antarabangsa,” ujarnya yang merupakan ADUN Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan.

Dalam perkembangan sama, Kon Yeow turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.3 juta bagi melaksanakan 10 projek fizikal utama di kawasan warisan termasuk kerja-kerja pemulihan.

“Pembangunan GTH-Relic di Gat Lebuh Acheh kini berada pada fasa akhir dan bakal menjadi hab penyelidikan warisan bertaraf antarabangsa di rantau ini.

“Di samping itu, Kerajaan Negeri turut giat memproses pencalonan beberapa penempatan tradisional termasuk Kampung Melayu Lama Air Itam untuk diwartakan di bawah Akta Warisan Kebangsaan bagi memastikan nilai sejarah dan budaya terus dipelihara,” jelasnya lanjut.

ab734e64 7b75 402a a884 568f4e07d288

2c445d29 74f4 4885 904f ea3e4d0132a7 43acb567 56ff 4c78 9750 bdbadf6cd8a6 215a8293 1d43 46b8 a57c db4daa5b9ce9
Serentak majlis sama, sebanyak 28 makanan warisan, tapak warisan (15) dan warisan kebudayaan tidak ketara (7) turut tersenarai dalam Warisan Negeri Pulau Pinang, melibatkan pengiktirafan seni persembahan serta kulinari tradisional negeri.

Dalam pada itu, Kon Yeow turut menyifatkan penganjuran Kenduri Warisan yang julung kali diadakan itu sebagai medium penting dalam menyatukan masyarakat melalui pendekatan ‘diplomasi makanan’.

“Penganjuran Kenduri Warisan ini bukan sahaja meraikan khazanah budaya, malah menjadi jambatan yang merapatkan hubungan antara dasar kerajaan dan kehidupan rakyat.

“Dengan pencapaian yang memberangsangkan serta komitmen berterusan semua pihak, saya yakin Pulau Pinang akan terus bersinar sebagai permata warisan yang disegani di peringkat dunia,” ulasnya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL

Gambar : ALISSALA THIAN

Video : DARWINA MOHD. DAUD