SJKC Han Chiang terima penghargaan Amalan Bandar Selamat

whatsapp image 2025 08 23 at 16.25.52

GEORGE TOWN – Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Han Chiang hari ini menerima penghargaan atas penglibatan aktif dalam Amalan Bandar Selamat membabitkan para murid, guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

 

Guru Besar SJKC Han Chiang, Ong Ai Leng berkata, penghargaan yang diterima itu adalah hasil titik peluh dan sumbangan daripada Pasukan Penyayang dan Penyokong PIBG SJKC Han Chiang yang sentiasa komited.

 

“Setiap titik peluh dan sumbangan mereka telah menjadikan sekolah ini lebih bersih, indah serta selamat,” ujarnya pada majlis ringkas sempena penyampaian sijil penghargaan Amalan Bandar Selamat di sini pada 23 Ogos 2025.

 

whatsapp image 2025 08 23 at 16.25.53
KOAY Gaik Kee (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada Ong Ai Leng (kiri) sambil ditemani Haslina Adni Adnan pada majlis berkaitan di sini.

Hadir sama, Ahli Majlis bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Koay Gaik Kee yang mewakili Datuk Bandar MBPP; Penolong Jurutera Lalu Lintas Am 1, Jabatan Kejuruteraan MBPP, Haslina Adni Adnan; Penolong Pengarah Unit Pendidikan Swasta, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Mohd. Shamezal Mohd. Amin; Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pulau Pinang, DSP Donny John Jubang dan Pengerusi PIBG SJKC Han Chiang, Ong Chun Yew.

 

Dalam pada itu, Donny ketika berucap turut memuji usaha Pasukan Penyayang dan Penyokong PIBG SJKC Han Chiang serta seluruh warga sekolah kerana berjaya menyemai nilai murni dan kebersamaan dalam kalangan murid, guru serta ibu bapa.

 

Anak-anak kita belajar melihat erti tanggungjawab melalui tindakan, melalui semangat perpaduan yang dipupuk seterusnya perlahan-lahan membangkitkan kesedaran untuk menjaga persekitaran sekolah dan bumi.

 

“Semoga usaha murni ini terus menjadi inspirasi kepada semua dalam menyemai kebaikan bukan sahaja di sekolah tetapi dalam kehidupan seharian,” katanya.

 

whatsapp image 2025 08 23 at 16.25.51
PASUKAN Penyayang dan Penyokong PIBG SJKC Han Chiang bersama-sama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenang-kenangan usai majlis berkaitan di sini, tadi.

 

Terdahulu, para murid, guru dan PIBG menyertai gotong-royong membersihkan persekitaran kawasan sekolah termasuk di bilik darjah dan kawasan kantin.

 

Gambar : ALISSALA THIAN