Skuad Karate cemerlang di SUKMA XV

Admin

GEMPUR… Skuad Karate negeri bermula dengan cemerlang pada Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) XV dengan mendahului senarai penerima pingat terbanyak dalam sukan terbabit di Pahang baru-baru ini.

Daripada 16 kategori dan disiplin yang dipertandingkan bagi acara karate, kontinjen Pulau Pinang berjaya meraih lima pingat Emas dan tiga pingat Gangsa secara keseluruhan.

Pasukan Kata lelaki dan wanita mantap dengan persembahan masing-masing dengan kejayaan mengalahkan pasukan Sabah pada kejohanan yang berlangsung di Dewan Universiti Malaysia, Pahang.

Acara Kumite juga tidak kurang hebatnya ekoran kejayaan merangkul dua pingat Gangsa melalui R.M. Tanaseelan dan Nur Nazarith Sofia Abdul Malik melalui kategori 55 kilogram.

Pasukan Kata lelaki terdiri dari Goh Chan Yit, Loh Chun Sheng dan Joshua Wong, manakala pasukan wanita (Kata), Celine Yee Xin Yi, Khaw Yee Voon dan Thor Chee Yee.

SEBAHAGIAN atlit karate menunjukkan pingat yang dimenangi pada kejohanan SUKMA XV di Pahang baru-baru ini.
SEBAHAGIAN atlit karate menunjukkan pingat yang dimenangi pada kejohanan SUKMA XV di Pahang baru-baru ini.