Lif rosak 6 tahun siap dibaiki

Admin

BATU LANCHANGKerajaan Negeri Pakatan Rakyat telah memperuntukkan RM10 juta setahun sebagai komitmen untuk membaiki dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan rumah pangsa yang dibina Perbadanan Pembangunan Pulau Pinnag (PDC), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, peruntukan tersebut disediakan Kerajaan Negeri untuk membiayai kerjakerja penyelenggaraan dan pembaikan infrastruktur asas di semua rumah-rumah pangsa kos rendah serta kos sederhana rendah di sini.

“Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga bersetuju untuk menggunakan formula 80:20 bagi membaikpulih kemudahan-kemudahan asas di premis-premis berkenaan termasuk kerja-kerja mengecat semula dan membaiki lif rumah pangsa kos rendah,” katanya ketika merasmikan lif di blok 25, rumah pangsa kos rendah, Taman Seri Damai sempena penganjuran Program Mesra Rakyat Parlimen Jelutong di sini baru-baru ini.

Dalam rangka lawatan tersebut, Guan Eng menyatakan bahawa beliau amat berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Koid Teng Guan; ADUN Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo dan ADUN Batu Lancang, Law Heng Kiang kerana berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Reaksi rakyat amat ketara apabila mereka hadir dan menyokong program dan majlis anjuran Kerajaan Negeri.

“Tahniah kepada semua pihak yang berusaha melancarkan perjalanan lawatan kerja ini,” ujar Guan Eng yang turut serta dalam Program Kenduri Rakyat yang turut diadakan di sini.

Sementara itu, menurut Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan Taman Seri Damai, Shukor Ali, lif di blok berkenaan tidak berfungsi sejak tahun 2006 lagi.

“Bukan sahaja menyusahkan mereka (penghuni) yang tinggal di tingkat atas, tapi juga pergerakan sekiranya terdapat kecemasan.

“Dengan berfungsinya lif ini, penghuni di blok 25 dapatlah memanfaatkan dan menjaganya supaya tidak wujud unsurunsur vandalisme,” ujar Shukor ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, setiap penghuni di blok berkenaan telah menyumbang sejumlah RM150 manakala RM10,000 disumbangkan ADUN Batu Lancang, Law Heng Kiang bagi tujuan terbabit.

Dalam pada itu, beliau yang juga mewakili penduduk blok 25 turut menzahirkan ucapan terima kasih dan meminta supaya para penduduk dapat melaksanakan tanggungjawab sosial masing-masing dengan membayar yuran penyelenggaraan berjumlah RM35 sebulan.

Heng Kiang dalam ucapannya menggesa penduduk di blok berkenaan supaya menjaga sebaik mungkin kemudahan lif yang telah dibaikpulih.

Rumah pangsa Taman Seri Damai mempunyai enam blok dengan 192 unit setiap blok. Pemasangan semula lif di blok 25 yang menelan belanja RM150,666 merupakan langkah pertama Kerajaan Negeri dalam usaha menaiktaraf dan membaikpulih semula lif di semua blok di sini.

“Selepas ini, kita (Kerajaan Negeri) akan membaiki lif di blok 21 dan blok 23 bagi membolehkan semua lif di sini berfungsi semula.

“Adalah menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menyediakan kemudahan kediaman yang selesa bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Kita (Kerajaan Negeri) akan meneruskan kerja-kerja menaiktaraf sistem elektrik, sistem peparitan dan tangki, lif dan longkang terutama di rumah-rumah pangsa kos rendah dan sederhana rendah di Pulau Pinang,” ujar Heng Kiang

KETUA Menteri menyampaikan replika kunci lif baru kepada wakil penduduk di Blok 25, Taman Seri Damai di sini sambil ditemani oleh Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun (dua dari kanan), Law Heng Kiang (tengah) dan Koid Teng Guan (kiri sekali) baru-baru ini.
KETUA Menteri menyampaikan replika kunci lif baru kepada
wakil penduduk di Blok 25, Taman Seri Damai di sini sambil
ditemani oleh Ahli Parlimen Jelutong, Ooi Chuan Aun (dua dari
kanan), Law Heng Kiang (tengah) dan Koid Teng Guan (kiri
sekali) baru-baru ini.