Skuad tinju Pulau Pinang bolot dua pingat emas, satu perak dan tiga gangsa

Admin
MOHAMAF Asuad Mohd. Halim (biru) dalam perlawan akhir menentang ‘jaguh’ negeri Sabah di gelanggang dekat Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya di sini pada 24 September 2022.

PUTRAJAYA – Atlet tinju negeri, Mohamad Asuad Mohd. Halim hari ini menyumbang pingat emas kedua kepada Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Pulau Pinang selepas menewaskan atlet Sabah, Erron Liaw Kok Sheng dalam perlawanan akhir kategori Light Middle 67-71 kilogram (kg) lelaki di gelanggang saingan dekat Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya di sini.

MOHAMAD Asuad Mohd. Halim
SOON Lip Chee sendiri menyampaikan pingat emas kepada Mohamad Asuad Mohd. Halim dan para pemenang lain di sini tadi.

Semalam (23 September 2022), Ng Zhang Zheng menghadiahkan pingat emas sulung kepada Kontinjen SUKMA Pulau Pinang selepas mengalahkan atlet negeri Johor, Muhammad Haziq Mohd. Rizal bagi kategori Middle 71-75kg lelaki.

Satu-satunya pingat perak yang diraih oleh skuad tinju SUKMA Pulau Pinang disumbangkan oleh Pavithran Rajini Kanth bagi kategori Light Fly 46-48kg lelaki setelah bertemu atlet Perak, Muhammad Abdul Quaim pada 23 September lepas.

MUHAMMAD Mukhriz Khan

Baki tiga pingat gangsa yang turut dikutip oleh skuad tinju Pulau Pinang melalui Sheikh Rahmatullah Ibrahim bagi Feather 54-58kg lelaki, Danaraj Anantha Selvam (Feather 75-80kg lelaki) dan Muhammad Mukhriz Khan (Fly 48-51kg lelaki).

Sheikh Rahmatullah berjaya mengalahkan Alif Akmal Muhammad Azri (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur); Danaraj Anantha menewaskan Javier Harford (Johor); manakala Muhammad menundukkan Muhammad Hakimi Sumadi (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur).

Ketua Kontinjen (DCM) Pulau Pinang, Soon Lip Chee yang juga Exco Belia dan Sukan menyampaikan hadiah pingat emas kepada Mohamad Asuad, yang mana acara itu turut disaksikan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), Harry Chai Heng Hua di sini tadi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI