SMK Methodist Boys School terima perabot baharu daripada Ahli Parlimen Jelutong

Admin
img 6396

DATO KERAMAT – SMK Methodist Boys School (MBS) menerima sumbangan meja dan kerusi baharu daripada Pejabat Ahli Parlimen Jelutong bagi meningkatkan kemudahan pembelajaran di sekolah tersebut.

 

Menurut Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer, sumbangan bernilai kira-kira RM65,000 itu dibiayai sepenuhnya melalui peruntukan Parlimen beliau.

 

“Sebagai sekolah yang terletak dalam kawasan saya, saya rasa penting untuk memberikan bantuan yang diperlukan

 

“Walaupun sumbangan ini nampak kecil tetapi ia adalah suatu bentu penghargaan kepada dedikasi dan usaha guru-guru di sini yang tidak jemu mendidik pelajar dengan penuh komitmen,” katanya semasa majlis penyerahan ringkas pagi ini.

 

img 6398
SESI Rayer melawat beberapa bilik darjah di sekolah itu hari ini.

 

Hadir sama, Pengetua SMK Methodist Boys School (MBS), Sri Ram Bilangwaty; Penolong Kanan Pentadbiran, Tan Synn Sheng serta barisan pentadbir dan guru-guru sekolah tersebut.

 

Sementara itu, Sri Ram meluahkan rasa syukur atas sumbangan tersebut dan menyifatkannya sebagai sumbangan yang sangat bermakna dan tepat pada masanya.

 

“Sumbangan ini amat bermakna dan akan meningkatkan lagi persekitaran pembelajaran untuk para pelajar kami,” katanya.

 

Pada kesempatan sama, Rayer turut meluangkan melawat beberapa bilik darjah di sekolah terbabit.

 

rayer
RAYER mesra bersama dengan pentadbiran sekolah MBS.

 

Oleh: M. DANESWARAN
Gambar: ALISSALA THIAN