Status LRT Pulau Pinang tunggu keputusan muktamad Kementerian Pengangkutan – Exco

Admin

GEORGE TOWN – Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital, Zairil Khir Johari berkata kaedah pelaksanaan dan perincian teknikal seperti soal jajaran dan lokasi stesen bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang perlu menunggu keputusan muktamad daripada Kementerian Pengangkutan (MoT).

Beliau menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Zulkefli Bakar dalam Sesi Soal Jawab Lisan Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Ke-15 di sini pada 21 November 2023.

“Pada masa ini, pelaksanaan projek LRT sedang menunggu keputusan Kementerian Pengangkutan bagi memuktamadkan kaedah pelaksanaan dan perincian teknikal, iaitu dari segi jajaran dan lokasi stesen LRT.

“Justeru, perincian tentang kos dan kaedah pelaksanaan serta tarikh permulaan projek bergantung kepada keputusan pihak Kementerian Pengangkutan,” jelasnya yang juga ADUN Tanjong Bunga.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR