SUHAKAM kunjung hormat Ketua Menteri, bincang aduan berkaitan PSR

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow pada lewat petang tadi menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Jerald Joseph di pejabatnya dekat Komtar di sini.

Dalam pertemuan hampir 40 minit tersebut, Jerald berkongsi mengenai aduan serta maklum balas yang diterima oleh rakyat termasuk nelayan berhubung hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan projek tambak laut di perairan selatan pulau Pulau Pinang (PSR).

Pengarah Bahagian Aduan SUHAKAM, Abdul Rahman Abdullah dan pegawai aduan, Kevin Jason turut sertai kunjungan hormat tersebut.

Selain itu, Kon Yeow yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi memberitahu SUHAKAM bahawa sehingga kini kerja-kerja tanah bagi projek PSR belum dimulakan lagi.

Beliau turut menjelaskan mengenai cadangan Putrajaya supaya Kerajaan Negeri menubuhkan syarikat bertujuan khusus (SPV) untuk menerbitkan bon dengan jaminan kerajaan, bagi membiayai kerja-kerja awalan skim transit aliran ringan (LRT) George Town ke Bayan Lepas, sementara projek PSR siap dilaksanakan, kelak.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS