SUKMA 2026: Muhammad Sayyid Amin sandaran utama Pulau Pinang buru lima emas olahraga

Admin
e22c7273 49de 4009 8fe2 fa6a2855affb GAMBAR kenangan Muhammad Sayyid Amin Roslan selepas mencetak pingat emas bagi acara 200 meter (Lelaki) Akhir dalam dalam temasya SUKMA XXI Sarawak 2024.

SHAH ALAM, SELANGOR — Pelari kebangsaan, Muhammad Sayyid Amin Roslan, menjadi sandaran utama skuad olahraga Pulau Pinang dalam usaha memburu sasaran lima pingat emas pada Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026.

Meski kebiasaannya beraksi dalam acara 200 meter (200m) pada peringkat kebangsaan, Muhammad Sayyid Amin bakal membuat penampilan berbeza apabila beralih ke acara 400m pada temasya kali ini.

9abfe9c0 f430 470f abd7 7a22bbfc36d7
BARISAN atlet olahraga negeri merakamkan gambar kenangan seusai sesi temu ramah di sini pada petang tadi.

Langkah tersebut dilihat mampu meningkatkan peluang kontinjen negeri untuk memburu pingat emas, dengan beliau dijadualkan beraksi dalam pusingan saringan pada petang 19 Ogos sebelum dijangka melangkah ke pentas final pada 21 Ogos.

b773b757 7e72 4ce4 bbd0 ae83b38b2236
NASIR Khan Ibrahim 

Ketua Pasukan Olahraga Pulau Pinang, Nasir Khan Ibrahim, memaklumkan kepada Buletin Mutiara bahawa kehadiran Muhammad Sayyid Amin sebagai sandaran utama amat penting dalam usaha mengulangi pencapaian cemerlang edisi lalu yang menyaksikan skuad negeri membawa pulang lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa.

Beliau berkata, Pulau Pinang mempertaruhkan 38 atlet yang dibimbing enam jurulatih untuk bersaing dalam 47 acara sepanjang saingan olahraga SUKMA XXII yang berlangsung dari 16 hingga 20 Ogos di Stadium Olahraga Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar: DARWINA MOHD. DAUD