Sumbangan beras tanda penghargaan

Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF

Gambar : FB MPPP

 

GEORGE TOWN – Sumbangan beras kepada kakitangan sokongan Bahagian Perkhidmatan Bandaran Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) baru-baru ini adalah sebagai tanda penghargaan terhadap penat lelah golongan berkaitan buat rakyat negeri ini, ujar Pengerusi Jawatan kuasa Tetap Kesihatan Awam MPPP, Ong Ah Teong baru-baru ini.

Penyampaian sumbangan tersebut membabitkan kira-kira 800 kakitangan yang masing-masing memperoleh sekampit beras.

Ah Teong yang juga merangkap Ahli Majlis MPPP berkata, inisiatif tersebut adalah penganjuran ke-empat untuk tempoh empat tahun berturut-turut

“Ini adalah sebagai tanda menghargai jasa mereka.

“Mereka telah bertungkus-lumus bekerja tanpa mengira masa dan keadaan,” ujarnya kepada Buletin Mutiara di sini baru-baru ini.

Kira-kira RM10,000 diperuntukkan bagi menjayakan majlis sumbangan berkenaan.}