Sumbangan khemah menunggu pastikan murid selesa, selamat

Admin

UTAMAKAN KESELESAAN MURID… Ahli Parlimen Jelutong, R.S.N. Rayer baru-baru ini memberi sumbangan berupa dua unit khemah menunggu bernilai RM3,000 kepada wakil Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat dekat Jelutong.

 

 

Jelas Rayer, ketika ditemui Buletin Mutiara, khemah menunggu tersebut adalah bagi memastikan murid-murid dapat berteduh dengan selesa selepas waktu persekolahan ketika menunggu ibu bapa, waris atau bas sekolah untuk pulang ke rumah.

 

 

Selain itu, keadaan cuaca yang panas serta tidak menentu menjadi salah satu faktor beliau menyumbang khemah menunggu tersebut bagi memastikan murid-murid lebih selesa dan selamat untuk berteduh.

 

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lancang, Ong Ah Teong dan warga pendidik SK Jelutong Barat turut hadir pada penyampaian sumbangan berkaitan di sini.

 

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : AHLI PARLIMEN