Tahap IPU tidak sihat, ADUN edar pelitup kepada penduduk Bayan Lepas

Admin

BAYAN LEPAS – Ekoran bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) semasa di negeri ini telah mencecah paras tidak sihat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz mengambil inisiatif segera mengedarkan pelitup (face mask) kepada penduduk setempat.

Azrul Mahathir Aziz bergambar bersama pihak-pihak terlibat mengedarkan pelitup kepada penduduk sekitar Bayan Lepas.

Sebanyak 4,000 unit pelitup diedarkan kepada penduduk di beberapa lokasi, antaranya di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar (2,000 unit), perkarangan Masjid Ridwaniah Sungai Batu (300 unit) dan di hadapan Klinik Kesihatan Bayan Lepas (1,700 unit).

Sebanyak 300 unit pelitup diagihkan kepada orang ramai di perkarangan Masjid Ridwaniah Sungai Batu.

Difahamkan, Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Barat Daya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Bayan Lepas serta beberapa anggota polis dari Balai Polis Bayan Lepas turut bersama-sama mengedarkan pelitup kepada penduduk setempat.

Terkini, beberapa kawasan di negeri ini telah melepasi tahap tidak sihat dengan Balik Pulau mencatatkan bacaan IPU paling tinggi iaitu 260 setakat jam 5:00 petang.

Gambar : ADUN