Tahniah Wilmar GBS pilih p.pinang – KM

Oleh: WATAWA NATAF ZULkIFLI


BAYAN BARY- – Pulau Pinang menerima pengiktirafan antarabangsa  dalam pembangunan ekonomi apabila terpilih untuk dijadikan hab baru bagi Syarikat Wilmar Global Business Services (Wilmar GBS) Company of Wilmar International Limited di One Precint di sini barubaru ini.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng sendiri merasmikan syarikat yang beroperasi sejak April lepas dengan 20 pekerja dan kini seramai 200 pekerja.

“Terima kasih kerana terus memilih Pulau Pinang sebagai destinasi untuk proses transaksi Wilmar GBS setelah membuka dua kemudahan penapisan di Perai dan Butterworth sejak tahun 1996, sebelum ini.

“Saya yakin, pemilihan ini adalah berdasarkan beberapa faktor utama seperti modal insan dan bakat, insfrastruktur yang baik, kerajaan
yang baik dan bersih, mencapai penanda aras tahap antarabangsa dan bandar pintar,” ujar Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Tambah Guan Eng, kedatangan syarikat seperti ini amatlah dialu-alukan seperti mana Citigroup Transaction Services yang sebelum ini yang mengendalikan kira-kira 20 juta transaksi dengan melibatkan US$ 5.8 trilion tunai setahun dan perniagaan yang membuka cawangan kedua di One Precint juga.

“Wilmar juga sebuah syarikat permodalan yang besar apabila tersenarai pada bursa Singapura.

“Kerajaan negeri juga memandang serius dalam mempromosikan industri berdasarkan pemprosesan perniagaan persumberan luar (BPO) lantas kerajaan memperuntukan 100 ekar tanah di Bayan Lepas untuk tujuan ini,” tambah beliau.

Ditubuhkan sejak 1991 di Singapura, Wilmar International Limited, menjalankan operasi berasaskan pertanian perniagaan.

Ini, termasuk kelapa sawit, penapisan minyak masak, penapisan gula, penghasilan lemak, kimia, biodiesel, baja dan pemprosesan bijirin.

Syarikat ini mempunyai rangkaian 450 kilang pemprosesan merangkumi China, Indonesia, dan lebih 50 buah negara serata dunia.