‘Tak Terucap’ himpun 58 pelukis, pamer 59 karya di BSLNPP

Admin
img 8970 AMERRUDIN Ahmad (dua dari kiri) seusai menyempurna acara gimik perasmian pembukaan Pameran Tahunan Persatuan Kesenian Balik Pulau 2025 di BSLNPP. Turut serta, Lee Khai (kiri sekali), Goon Yong Por (dua dari kanan) dan Haryany Mohamad (kanan sekali) di sini pada 28 Jun lalu.

PAMERAN Tahunan Persatuan Kesenian Balik Pulau 2025 yang berlangsung di Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP) dekat Kompleks Dewan Sri Pinang pada 21 Jun hingga 3 Julai lepas, membawa tema ‘Tak Terucap’.


Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
bersama-samaPersatuan Kesenian Balik Pulau sendiri menganjurkan pameran seni lukis tersebut, dengan sokongan Pejabat Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) dan Jabatan Muzium Negara Negeri Pulau Pinang.

 

Pameran pada kali ini berjaya menghimpunkan 59 karya seni lukis yang dihasilkan oleh 58 pelukis.

 

Mereka, Abdullah Sulaiman, Adelynn Chan, Aibee Lim, Alice Chee CL, Anthony Cheah, Apple Yong Seow Ping, Cane Low, Carina Lok Peipei, Chester Khor, Chin Kok Kong, Choo Kok Choon, Eda Tan Sew Lan, Fazz Ramli, Geraldine Khoo, Goh Chin Peng, Gooi Chye Soon, Goon Yong Por, Grace Loh Soo Fern, Ivy Song, Janice Oo, Jason Min, Jean-Francois Jadin, Jeff Khor, Jennifer Loo Moh See, Jothan Ooi, Kee Hsiu Cheah, Kek Hoon Pin, Khaw Yan Rou, Koay Haw Wah, Koay Muar Aik, Koay Shao Peng, Koay Sheng Tat, Koh Teng Huat, Leong Weng, Lim Chooi Hoon, Lim Kok Wei, Lisar Lim, Lo Tze Min, Loo Hooi Ghee, Loo Hooi Nam, Loo Ley See, Love Lee Lily, Mak Yik Mei, Ng Chin Yee, Ong Guik Joo, Ooi Chai Hoon, Ooi Chie Ern, Ooi Kok Chuan, Ooi Seng Chai, Richard Leow, Shafizi Ghani, Tan Kim Eng, Teoh Mooi Huang, Teoh Mooi Tiong, Teoh Siew Khim, Tim TehMing Yang, William Mak dan Yew Soo Cheng.

 

img 8981
ACARA Apresiasi dan penyampaian sijil penyertaan kepada salah seorang pelukis (tiga dari kiri) yang menyertai Pameran Tahunan Persatuan Kesenian Balik Pulau 2025.

 

img 8945
GAMBAR pengunjung melihat hasil-hasil seni lukisdengan tema ‘Tak Terucap’ yang dipamerkan.

 

Presiden Persatuan Kesenian Balik Pulau, Dr. Goon Yong Por dalam ucapannya antara lain merakamkan kepada Ketua Pengarah Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Amerrudin Ahmad kerana meluangkan masa menyempurna majlis perasmian pembukaan pameran tersebut.

 

“Ini benar-benar satu penghormatan dan dorongan kepada para ahli Balik Pulau Art Society atau Persatuan Kesenian Balik Pulau, serta mungkin menjadi peluang untuk hasil karya mereka diiktiraf di peringkat kebangsaan,” jelasnya sambilmerakamkan penghargaan kepada Pengarah Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Haryany Mohamad yang banyak membantu di sebalik penganjuran pameran tahunan tersebut.

 

Di samping itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepadaPengerusi Jawatankuasa Galeri Seni Negeri Pulau Pinang, Lee Khai kerana mengetuai jawatankuasa penjurian untuk menilai dan memilih pemenang bagi Anugerah Cemerlang & Karya Seni Terbaik Tahun 2025, dengan dibantu Peter Ching (ahli jawatankuasa Galeri Seni Negeri Pulau Pinang) dan Dr. Tetriana Ahmed Fauzi (pensyarah di Sekolah Seni Halus USM & Pengarah Galeri Seni, Universiti Sains Malaysia, USM).

 

Lee Khai pula dalam ucapannya menyifatkan pameran pada kali ini tetap mendedahkan pelbagai perasaan dan emosi sungguhpun membawa tema ‘Tak Terucap’.

 

Sementara itu, Amerrudin menyatakan bahawa sejujurnya beliau sendiri berasa seakan tak terucap bagi merasmikan pameran tersebut apabila melihat hasil karya seni lukis yang dipamerkan di sini.

 

Sebenarnya saya sendiri berasa seakan tak terucap apabila melihat karya-karya yang dihimpunkan dan dipamerkan di BSLNPP ini

 

Sesungguhnya, peranan yang dimainkan oleh Persatuan Kesenian Balik Pulau amat dihargai (yang mana) berjaya menghimpunkan pelukis dan karya-karya untuk diapresiasi oleh masyarakat.

 

Serentak dengan penganjuran seni dengan tema ‘Tak Terucapini, saya berharap dapat dianjurkan suatu wacana yang melibatkan pelbagai golongan masyarakat supaya ia (pameran ini) dapat mengembangkan idea-idea dan memupuk minat pada bidang kesenian,” serunya

 

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB