Tapak taman lama hampir paras laut punca bencana banjir – Exco

Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD

PERAI – Banjir kilat yang seringkali melanda Lebuh Seri Kijang dan Taman Seri Kijang serta beberapa kawasan daerah Seberang Perai Tengah (SPT) kebelakangan ini di sini adalah disebabkan tapak taman perumahan lama tersebut berada begitu rendah dari paras laut.

Justeru, Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow berkata, Kerajaan Negeri sejak 21 Jun tahun lepas memulakan kerja-kerja penarafan pembentung (culvert) serta sistem perparitan di kedua-dua lokaliti tersebut dengan kos RM580,000 dan dijangka siap pada 27 Februari ini.

“Salah satu sebab daripada pelbagai punca adalah ketinggian tapak taman perumahan lama yang mula dibina pada zaman 1970-an pada ketinggian antara dua hingga empat kaki dari paras laut.

“Tetapi, piawaian baru (dalam Pelan Induk Tebatan Banjir Dan Saliran Mesra A l am Dae r a h ) S P T t e l a h p u n dilaksanakan, iaitu ketinggian tapak taman perumahan dinaikkan ke ketinggian tujuh kaki dari paras laut,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota ketika mengadakan lawatan ke Rumah Pam Kawalan Banjir Lorong Kurau 1 dekat Taman Chai Leng di sini baru-baru ini.

ADUN Perai, Prof. Dr. P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II dan Setiausaha Majlis bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Sr. Rozali Mohamud turut sertai program meninjau lokaliti tumpuan banjir sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) berkenaan.

Kon Yeow memberitahu, Negeri sejak tahun 2010 memberi tumpuan dalam usaha menangani risiko banjir kilat , dengan menggunakan wang caruman negeri.

Berikut adalah rekod pelaksanaan projek RTB yang telah dilaksanakan di Daerah SPT dalam tempoh 2010 hingga 2016:-
* RM1,150,166.40, Pakej 4: Sistem Perparitan Taman Desa Damai, siap pada 24 Mac 2011.
* RM228,800, Projek Menaik Taraf Taman B, siap pada 26 Oktober 2011.
* RM2,476,543.21, RTB Sungai Rambai: Sistem Perparitan & Rumah Pam Taman Desa Damai, siap pada 21 Januari 2013.
* RM1,876,301, Projek Menaik Taraf Parit dan Kolam Takungan di Taman Remia, siap pada 30 April 2013.
* RM1,836,360 RTB Sungai Rambai: menaik taraf sistem perparitan dan rumah pam Tamam Makok, siap pada 22 Ogos 2013.
* RM912,963, projek Menaik Taraf Parit Taman Sejahtera dekat Alma, siap pada 6 Mei 2013.
* RM7,074,837, RTB dan Menaik Taraf Parit di Jalan Kampung Baru, siap pada 18 Julai 2014.
* RM200,000, projek pembinaan Parit Konkrit di Lebuh Binjai 3 dekat Taman Seri Rambaik.
* RM2,025,000, projek pembinaan rumah pam serta naik taraf sistem perparitan Taman Seri Berjaya dan Taman Sungai Ramai, siap pada 6 Jun 2014.
* RM250,000, Kajian Mengatasi Banjir di Taman Machang Bubok, siap pada 7 Disember 2014.
* RM465,000, projek penarafan pam dan parit Taman Seri Jaya dan Taman Sungai Rambai, siap pada 8Februari 2014; dan
* RM580,000, projek menaik taraf culvert di Lebuh Sungai Kijang, Taman Seri Kijang, yang dijadual akan siap pada 27 Februari 2017.}