3 pemain import, 5 pemain tempatan lengkapkan senarai FAP

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

GEORGE TOWN – Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) baru-baru ini memperkenalkan lapan pemain tambahan dalam melengkapkan senarai 25 pemain bagi mengharungi saingan Liga Super 2017 yang dijangka bermula hujung Januari ini.

Pengurusnya, Zairil Khir Johari berkata, daripada lapan pemain terbabit, tiga adalah pemain import, manakala lima lagi merupakan pemain tempatan.

“Kita yakin dengan adunan pemain lama dan pemain baharu di bawah kendalian jurulatih Ashley Westwood, pencapaian pada tahun ini mampu menjadi lebih baik berbanding saingan 2016,” katanya pada sidang media khas di Stadium Bandaraya di sini baru-baru ini.

Ashley dalam pada itu turut menyatakan bahawa Pulau Pinang tidak meletakkan sebarang sasaran melainkan mengumpul mata sebanyak mungkin dalam setiap perlawanan.

Berikut adalah senarai pemain baru:
1. Diogo Alexndre Alves Fereira (import)
• Berasal dari Australia, posisi pemain tengah dan pernah bermain untuk pasukan kebangsaan Australia bawah 23 tahun.
2. Nigel Dabinyaba (import)
• Berasal dari Papua New Guinea, bertindak sebagai pemain sayap/penyerang dan mewakili skuad kebangsaan negara tersebut sebelum ini.
3. Andrew James Russell (import)
• Berasal dari England, tetapi memegang kerakyatan Hong Kong. Beliau akan bermain di posisi pertahanan dan turut mewakili negara Hong Kong.
4. Muhammad Zulkhairi Zulkeply (tempatan)
• Pernah bermain bersama UiTM FC dan kini membarisi skuad kebangsaan Malaysia bawah 22 tahun dan bermain di posisi pertahanan kiri bagi Pulau Pinang.
5. Amirul Asyraf Suhaidi (tempatan)
• Beliau merupakan bekas skuad Piala Presiden Pulau Pinang, USM FC dan UiTM FC. Bakal mengisi posisi penjaga gol.
6. K. Rueben (tempatan)
• Pemain yang tidak asing dalam Liga Malaysia, pernah bermain bersama PDRM dan ATM, beliau juga kerap mendapat panggilan daripada skuad negara.
7. Shazlee Ramlee (tempatan)

• Pemain muda ini pernah mendapat pendedahan di kelab bola sepak Australia, Cockburn City sebelum mewakili Kuantan FA dan JDT II. Beliau akan memperkuatkan barisan tengah pasukan Pulau Pinang.
8. Yong Kuong Yong (tempatan)
• Pernah bermain untuk Pulau Pinang pada musim 2015, beliau berkebolehan bermain di pelbagai posisi. Kuong Yong turut mendapat panggilan skuad negara tahun lalu.} else {