Tekad kekalkan kestabilan Kerajaan Negeri, elak kontroversi demi kesejahteraan rakyat – Ketua Menteri

Admin
7b71333a efa9 4dbd b740 5447512b472b KETUA Menteri (tengah), Steven Sim Chee Keong (kiri sekali) dan Joshua Woo Sze Zeng (dua dari kiri) meluangkan masa dengan merakamkan gambar kenang-kenangan dengan pengunjung Pasar Awam Pulau Tikus semasa program mengedar beg guna semula di sini sebentar tadi.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menegaskan komitmen pentadbirannya untuk terus mengemudi Kerajaan Negeri supaya terus dilihat stabil serta tidak berlawan dengan citarasa rakyat.

Hasil daripada maklum balas rakyat setempat dalam siri jelajah sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Tikus pada awal pagi tadi, beliau berkata bahawa Kerajaan Negeri wajar terus dilihat memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara di tengah-tengah pergolakan politik dunia dan domestik.

“Daripada reaksi rakyat, saya rasa mereka mahukan satu keadaan yang sejahtera, stabil, dan bukan kacau-bilau.

“Sebagai pemimpin, tugas kita adalah memastikan Pulau Pinang terus dikendalikan dengan baik supaya perhatian dapat ditumpukan sepenuhnya kepada pembangunan dan keharmonian masyarakat,” ujarnya yang Exco Kewangan, Pembangunan Ekonomi & Tanah dan Komunikasi usai jelajah di pasar awam dekat sini pada 3 Mei 2025.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Negeri (ADUN) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng turut serta jeraya wara dan sidang media bersama-sama Kon Yeow tadi.

Mengulas lanjut, Kon Yeow turut memuji pasukan penganjur acara di bawah kendalian Sze Zeng dalam mengatur program jeraya wara di sekitar Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Pulau Tikus termasuk Pasar Awam Pulau Tikus.

Mengakhiri ucapannya, Kon Yeow yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang sekali lagi mengulangi tekad untuk menggembleng tenaga rakyat bagi memastikan Pulau Pinang kekal sebagai model negeri yang harmoni dan progresif.

“Kita ingin menjadi kerajaan yang komited, yang tidak menjemput kontroversi, dan sentiasa mengutamakan keseimbangan dalam setiap langkah pembangunan yang diambil,” tambahnya.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : LAW SUUN TING
Video : ALISSALA THIAN