Terima kasih dan selamat maju jaya atas lantikan sebagai Pengarah Kerja Raya Selangor

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat perpisahan daripada Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang, Ir. Shahabuddin Mohd. Muhayidin di pejabatnya di Komtar.

 

Shahabuddin ditukarkan ke JKR Negeri Selangor sebagai Pengarah Kerja Raya di sana berkuat kuasa 6 September lalu setelah berkhidmat di Pulau Pinang selama satu tahun setengah.

 

IR. Shahabuddin Mohd. Muhayidin ketika mengadakan kunjungan hormat perpisahan di Pejabat Ketua Menteri, petang ini.

Dalam pertemuan singkat di Komtar, Shahabuddin menzahirkan rasa bangga kerana dapat berkhidmat untuk negeri Pulau Pinang sejak Februari tahun lalu.

 

Malah, beliau turut berterima kasih kepada pimpinan negeri yang banyak memberi kerjasama sepanjang perkhidmatannya di sini.

 

Dalam pada itu, Kon Yeow juga menzahirkan ucapan selamat maju jaya dan tahniah atas lantikan Shahabuddin sebagai Pengarah Kerja Raya di Selangor.

 

Di akhir pertemuan, Shahabuddin menyerahkan cenderamata berupakan jaket dan topi keselamatan JKR yang tertera nama ‘CHOW’.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS