Terima kunjungan hormat Pengarah JHEAIPP, penyelarasan projek pembangunan masjid dan surau

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menerima kunjungan hormat Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Zulkifli Rashid di Komtar.

 

ZULKIFLI Rashid (kiri) sedang mengadakan perbincangan bersama-sama Chow Kon Yeow pada sesi kunjungan hormat di sini.

Pada pertemuan itu, Kon Yeow dan Zulkifli bertukar-tukar pandangan mengenai hala tuju JHEAIPP untuk tahun 2023, perancangan dan penyelarasan projek pembangunan yang melibatkan masjid dan surau serta inisiatif baik pulih Masjid Kapitan Keling yang terletak di tengah-tengah bandar raya George Town, Tapak Warisan Dunia UNESCO.

 

Turut dibangkitkan adalah isu-isu berkaitan projek pembangunan kecil di bawah JHEAIPP membabitkan kelima-lima daerah negeri ini.

 

Dalam pada itu, difahamkan, kunjungan hormat tersebut merupakan yang pertama bagi Zulkifli setelah dilantik sebagai Pengarah jabatan berkenaan pada Disember 2022. Sebelum ini, Zulklifli pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan perkhidmatan negeri sejak tahun 2003.

 

Oleh : AINUL WARDAH SOHILLI
Gambar : ALISSALA THIAN