Terima kunjungan hormat Pengarah JKR baharu, pembangunan infrastruktur diutamakan

GEORGE TOWN – Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Pulau Pinang baharu, Ir. Ahmad Nadzri Abdul Majid  mengadakan kunjungan hormat terhadap Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini.

 

 

Lantikan Ahmad Nadzri pada 20 Disember 2021 adalah bagi menggantikan Ir. Dr. G. Balamurugan yang bertukar ke Cawangan Pendidikan Kerja Ibu Pejabat JKR.

 

Dalam pertemuan tersebut, perbincangan Ahmad Nadzri dan Kon Yeow adalah lebih berkisar kepada projek-projek melibatkan jalan raya dan infrastruktur.

 

 

Antara yang diketengahkan adalah pembangunan Gurney Wharf, projek manaik taraf Seri Mutiara, Hospital Balik Pulau dan kemudahan-kemudahan lain.

 

 

Berusia 44 tahun, Ahmad Nadzri merupakan anak jati Pulau Pinang berkelulusan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai dan menyertai perkhidmatan di JKR sejak tahun 2006.

 


Selamat menjalankan tugas di Pulau Mutiara.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : LAW SUUN TING