Terus bergiat aktif dalam komuniti selari Visi Penang2030

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sedia mempertimbangkan permintaan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Bahagian Pulau Pinang berhubung kenaikan jumlah geran dan pengecualian sewa pejabat.

 

 

Menurut beliau, permohonan yang dikemukan melalui Timbalan Yang Dipertua PPKM Bahagian Pulau Pinang, Dato’ Abdullah Mohd. Sultan merupakan perkara yang boleh dipertimbangkan termasuk bayaran sewa pejabat di Kompleks Masyarakat Penyayang kini.

 

 

“Cuma, idea untuk mewujudkan perkampungan pesara adalah perlulah diteliti semula dan dilihat daripda semua aspek,” ujarnya ketika menerima kunjungan hormat PPKM Bahagian Pulau Pinang di sini sebentar tadi.

 

 

Hadir sama merupakan sembilan ahli jawatankuasa persatuan yang kini memilik 3,600 keahlian.

 

 

Dalam pada itu, Kon Yeow turut menyeru ahli-ahli PPKM Bahagian Pulau Pinang untuk terus bergiat aktif dalam komuniti selari dengan hasrat Kerajaan Negeri menerusi Visi Penang2030 iaitu memberi penekanan terhadap penuaan aktif dalam kalangan warga emas.

 

 

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD