Tetap kadar pampasan, ganti rumah bukti KN cakna suara penduduk

MANSOR Othman (kiri sekali) sambil diperhatikan Jeff Ooi Chuan Aun (dua dari kiri) menyampaikan replika kunci kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Pampasan Kepada Penduduk Yang Terlibat Dengan Projek Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu (Fasa 3) di sini baru-baru ini.
MANSOR Othman (kiri Sekali) sambil diperhatikan Jeff Ooi Chuan (dua dari kiri) menyampaikan replika kunci kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Pampasan Kepada Penduduk Yang Terlibat Dengan Projek Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu (Fasa 3) di sini baru-baru ini.

 

 

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB & AINUL WARDAH SOHILLI

GEORGE TOWN – Langkah menetapkan kadar pampasan atau gantian rumah secara percuma kepada penduduk yang terbabit dalam proses pembangunan infrastruktur di Pulau Pinang kini sekaligus membuktikan Kerajaan Negeri cakna dengan suara rakyat terbanyak di negeri berkenaan.

Demikian penegasan Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman semasa majlis penyerahan pampasan kepada 78 penduduk yang terlibat dalam fasa tiga Projek Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu atau dikenali Jelutong Expressway dan Bayan Lepas Expressway baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri amat peka mendengar suara rakyat khususnya dalam isu pemindahan penduduk buktinya, Pulau Pinang merupakan negeri pertama dalam negara ini yang menetapkan bayaran wang ehsan sebanyak  RM42,000 atau menggantikan sebuah rumah kos rendah percuma kepada pemilik rumah atau bangunan terlibat.

“Bagi keluarga yang menumpang pula, wang ehsan sebanyak RM20,000 atau keutamaan membeli rumah diberikan dan bagi penyewa juga tidak ketinggalan menerima bayaran sebanyak RM5,000 atau keutamaan memiliki rumah,” ujar beliau pada Majlis Penyerahan
Pampasan kepada Penduduk Yang Terlibat Dengan Projek Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu (Fasa 3) di sini baru-baru ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus, Jeff Ooi Chuan Aun (Ahli Parlimen Jelutong), Koid Teng Guan (Ahli Dewan Undangan Negeri, ADUN Sungai Pinang), Zaini Husain (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Bahagian Pembangunan) merupakan antara kepemimpinan negeri yang hadir pada majlis tersbut.

Difahamkan, seramai 173 penama masing-masing ditawarkan pampasan berwajib, gantian rumah kos rendah secara percuma atau diberi keutamaan untuk memiliki rumah kos rendah demi merealisasikan fasa tiga projek lebuhraya itu.

Sepanjang 800 meter lebuhraya akan dibina dalam fasa tiga tersebut yang menghubungkan persimpangan Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim hinga ke Jalan Jelutong dan Jalan Batu Lanchang.

Fasa satu projek itu membabitkan pembinaan 2.7 kilometer lebuhraya dari Persimpangan Udini ke Persimpangan Jalan Sungai Pinang yang disahkan siapsepenuhnya pada 6 Jun 2003.

Manakala, fasa dua projek tersebut pula membabitkan pembinaan 2.04 kilometer lebuhraya dari Persimpangan Jalan Sungai Pinang ke JalanWeld Quay sehingga persimpangan Gat. Lebuh Acheh.

Mansor berkata, sebahagian besar pembinaan lebuhraya fasa dua ini telahpun siap pada 20 Jun 2006 lagi.

“Kerja-kerja menaiktaraf baki lebuh raya (fasa dua), iaitu dari persimpangan Gat. Jalan Prangin ke persimpangan Gat. Lebuh Acheh baru sahaja disiapkan padabulan Ogos yang lalu,” kata beliau.

Menurut beliau, projek lebuhraya fasa tiga sepatutnya disiapkan dalam tempoh 36 bulan bermula April 2008 lagi, namun, belum dimulakan lagi sehingga proses pemindahan penduduk berwajib selesai.

Perjanjian penswastaan ketigatiga fasa Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan pemaju
Jelutong Development Sdn. Bhd.pada 22 April 1997.