TM berhasrat bawa Pulau Pinang ke arah negeri pintar

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebentar tadi menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Strategi Pembangunan Perniagaan & Perhubungan Sektor Awam Telekom Malaysia (TM) Berhad, Datuk Paduka Mohd. Roslan Idris di pejabatnya di sini.

 

Perbincangan utama yang diutarakan adalah mengenai jaringan komunikasi terutamanya dalam membantu Kerajaan Negeri daripada segi infrastruktur, pendigitalan, ekonomi dan juga perindustrian di Pulau Pinang.

 

 

“Adalah diharapkan pertemuan pada hari ini mampu mengerat dan membantu Kerajaan Negeri menuju ke arah sebuah negeri pintar kerana TM Berhad kini bukan sahaja sebuah syarikat telekomunikasi tetapi juga TechCO, iaitu menyediakan perkhidmatan teknologi serta komunikasi ke arah pendigitalan,” katanya.

 

 

Difahamkan, Mohd. Roslan berpengalaman selama 32 tahun dalam sektor telekomunikasi antaranya terlibat sebagai pengarah projek sulit pengurus besar bagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk inisiatif pintar syarikat multinasional.

 

Hadir sama, Head Business Strategy TM Berhad, Asmadi Md. Salleh dan Head TM One Penang, Ts. Basri Mahayedin.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ADLEENA RAHAYU AHMAD RADZI