Tradisi sumbangan Raya kepada PDRM & ATM diteruskan

Admin
(Dari kiri), ZULKAPRI Rahman, Abd. Rahman Hanafi, Ketua Menteri dan Abdul Malik Abul Kassim bergambar kenang-kenangan sejurus selesai majlis ringkas penyerahan cek sumbangan sempena sambutan Aidilfitri di Komtar baru-baru ini.
(Dari kiri), ZULKAPRI Rahman, Abd. Rahman Hanafi, Ketua Menteri dan Abdul Malik Abul Kassim bergambar
kenang-kenangan sejurus selesai majlis ringkas penyerahan cek sumbangan sempena sambutan Aidilfitri di
Komtar baru-baru ini.

JASA DIKENANG…. Bagi mengenang jasa serta pengorbanan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) meneruskan tradisi menyampaikan sumbangan wang sempena sambutan Aidilfitri kepada kedua-dua pasukan keselamatan berkenaan di sini baru-baru ini.

Pemberian tahunan tersebut adalah sebagai pengiktirafan Kerajaan Negeri terhadap perjuangan PDRM dan ATM dalam menjamin serta mengekalkan tahap keselamatan di negeri serta negara ini.

PDRM diwakili Ketua Polis Negeri yang baru, Datuk Abd. Rahim Hanafi, manakala, ATM diwakili Zulkapri Rahman. Majlis penyampaian sumbangan bernilai RM10,000 (setiap satu) disempurnakan Ketua Menteri.

Hadir sama Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Abul Kassim.