Tugu Demokrasi simbol Pulau Pinang ke arah era rakyat

Admin

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

WAKAF dan taman permainan kanan-kanak antara kemudahan awam yang disediakan oleh MPSP di Tugu Demokrasi Bagan.
WAKAF dan taman permainan kanan-kanak antara kemudahan awam yang disediakan oleh MPSP di Tugu Demokrasi Bagan.

BUTTERWORTH – Pemahsyuran Taman Kota Tugu Demokrasi Bagan, di sini, membuktikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang komited membawa negeri berkenaan “Ke Arah Era Rakyat” Ketua Menterinya, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, komitmen Kerajaan Negeri antaranya membina sudut pidato khas di taman berkenaan.

“Ini adalah hak demokrasi. Kita memberikan hak untuk bersuara kepada seluruh rakyat Pulau Pinang.

“(Pembinaan Tugu Demokrasi ini juga) sebagai tanda penghormatan pada penduduk Bagan kerana cintai
dan berani membela demokrasi,” ujarnya di Majlis Pelancaran Tugu Demokrasi Bagan di sini baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, Kerajaan Negeri tidak akan menghalang demokrasi rakyat sebagaimana yang diamalkan oleh kerajaan pusat yang diteraju Barisan Nasional sekarang ini.

Beliau berkata, pembinaan tugu demokrasi dan sudut pidato itu sebenarnya diilhamkan oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang pada tahun 1995 lalu.

Upacara pecah tanah dilakukan pada 10 Julai tahun lepas dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) diberi tanggungjawab untuk membina prasarana rakyat tersebut.

Selain Sudut Pidato, beberapa wakaf dan taman permainan kanak-kanak dan balapan jalan kaki turut dibina untuk rekreasi rakyat setempat.