Tukar lokasi PBIM ke Batu Kawan tarik lebih banyak acara larian

4fd7e9cd 8fc3 4bf6 ba21 8375a9f5daa3

BUKIT TAMBUN – Perubahan lokasi bagi acara larian Penang Bridge International Marathon (PBIM) ke Batu Kawan menunjukkan perkembangan positif dalam penganjuran sukan larian.

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Wong Hon Wai, bagi tahun 2025 sahaja sebanyak lapan acara skala besar berlangsung di sini.

“Kerajaan Negeri mengambil satu keputusan besar memindahkan lokasi PBIM 2024 daripada pulau ke Aspen Vision City di Batu Kawan.

“Hasilnya ia telah membawa banyak acara-acara larian berasaskan komuniti seperti Milo Breakfast Run, Jabil Fun Walk, LEADERland Fun Walk, Rotary Darkness Into Light Walk, Civil Service Assembly Run, JCI Pearl Run, Shell Fun Run dan Tan Siang BMW Run,” ujarnya pada Majlis PBIM Treasure Hun & Fashion Show 2025 di Klippa Shopping Mall, Batu Kawan, semalam.

Tambah Hon Wai, penganjuran-penganjuran acara sukan tersebut secara tidak langsung mempromosikan gaya hidup sihat, mengukuhkan komuniti di samping meningkatkan ekonomi setempat.

“Ini juga sangat penting terutamanya dalam mempromosikan Seberang Perai dan Batu Kawan yang mana sedang membangun dengan pantas sebagai destinasi penganjuran acara dan gaya hidup sihat,” jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Terubong.

Hon Wai dalam pada itu menyifatkan acara treasure hunt sempena PBIM yang kali pertama dianjurkan itu mencapai objektif.

66ec7206 bdbe 46d6 852d edef698df071 e6a20293 cbe9 4e72 a9cc 9a06f14e765e

Antara hadiah yang ditawarkan adalah pas masuk ke khemah utama pada PBIM 2025 termasuk sarapan, parkir khas, cenderahati PBIM dan lain-lain lagi.

7431989e 6ad4 4bd6 9b7b 9cf9f11cbc67

Jersi larian, jersi tamat larian, pingat dan pakai-pakaian berupa cenderahati turut diperagakan kepada orang ramai.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : SIEW CHIAN EN