TYT, Ketua Menteri serikan iftar Liga Muslim di Masjid Kapitan Keling

Admin
5808caa4 bc2e 4781 853f 14542ff3524d TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak (depan, tengah) diiringi Ketua Menteri (depan, tiga dari kiri) serta barisan pemimpin komuniti lokal turut merakamkan gambar kenang-kenangan di dewan solat utama Masjid Kapitan Keling di sini pada 22 Mac 2024.

GEORGE TOWN – Masuk malam ke-11 Ramadan, Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak sendiri meluangkan masa menghadiri Majlis Tahlil dan Berbuka Puasa (Iftar) di perkarangan Masjid Kapitan Keling di sini pada 22 Mac 2024.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow yang juga Exco Kewangan, Pembangunan Tanah & Ekonomi dan Komunikasi turut mengiringi Ahmad Fuzi menyertai acara tradisi tersebut yang dianjurkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Liga Muslim Pulau Pinang.

Hadir sama, Datuk Bandar bagi Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Dato’ Ir. A. Rajendran; Presiden Liga Muslim, Datuk Haja Najmudeen Kader serta Timbalan Presidennya, Datuk Dr. Shahul Hameed Syed Mohamed; Pengerusi Masjid Kapitan Keling, Faruk Raja Mohamed dan beberapa wakil NGO berkaitan.

Seusai dwi acara tersebut, Tun Ahmad Fuzi dengan diiringi Kon Yeow, Rajendran serta tetamu lain turut dibawa masuk ke dewan solat utama masjid yang berusia kira-kira 223 tahun, bagi merakamkan gambar kenang-kenangan.

Kata seorang tetamu kepada Buletin Mutiara, kehadiran Tun dengan diiringi Kon Yeow yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota merangkap Ahli Parlimen Batu Kawan serta pemimpin setempat lain menambahkan lagi semangat muhibah dan harmoni dalam kalangan komuniti lokal di sini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN
Video : DARWINA MOHD. DAUD