TYT sampaikan baucar cermin mata percuma kepada 240 pelajar B40

Admin
TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak (tengah) sendiri menyempurnakan acara penyampaian baucer kaca mata percuma pelajar B40 kepada guru pengiring dalam majlis berkaitan di sini pada pagi tadi.

SEBERANG JAYA – Sempena sambutan ‘World Sight Day’, seramai 240 pelajar pelbagai agama dan bangsa dari lapan sekolah sekitar Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menerima sumbangan baucar cermin mata percuma daripada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Abdul Razak.

ROZALI Mohamud

Semasa berucap, Pengurus Besar Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Sr. Rozali Mohamud merakamkan penghargaan atas keprihatinan dan kesudian Tun Ahmad Fuzi menyampaikan sumbangan baucar cermin mata kepada 240 pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus paling rendah (B40) iaitu 145 Melayu, 58 Cina dan 37 India.

“Kehadiran Tuan Yang Terutama Tun, jelas membuktikan betapa mekar dan bersemaraknya kasih sayang Tuan Yang Terutama Tun, terhadap rakyat jelata,” jelas Rozali dalam majlis berkaitan yang dilangsungkan di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 1 dekat Persiaran Siakap di sini pada 31 Oktober 2022.

Turut berucap, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya 1, Che Asa Chat.

Hadir sama, Pegawai Daerah SPT, Kamarul Haizal Koderat serta guru-guru pengiring pelajar dari lapan sekolah terbabit sekitar daerah ini.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : MUHAMAD AMIR IRSYAD OMAR