TYT serikan Jamuan Aidilfitri Liga Pakistan SeMalaysia Pulau Pinang

Admin

GEORGE TOWN – Kemeriahan Syawal ke-19 terus diraikan dengan Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Liga Pakistan SeMalaysia Pulau Pinang dekat Masjid Pakistan, Jalan Macalister di sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu utama, Yang di-Petua Negeri (TYT), Tun Dr. Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff.

Turut mengiringi Abdul Rahman, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow bersama isteri, Puan Tan Lean Kee.

Pada majlis tersebut, Pengerusi Liga Pakistan SeMalaysia Pulau Pinang, Datuk Abdul Rafique Abdul Karim menyampaikan cenderahati kenangan kepada Abdul Rahman.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Seri Farizan Darus; Exco Perdagangan Antarabangsa & Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, Dato’ Abdul Halim Hussain; Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Teh Lai Heng dan dif-dif kehormat dari badan bukan kerajaan (NGO).

Dianggarkan kira-kira 300 tetamu daripada pelbagai latar belakang dan berketurunan Pakistan turut memenuhi undangan.

Hidangan kambing, dalca dan ayam bersama nasi beriyani melengkapkan lagi majlis jamuan tersebut.

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : DARWINA MOHD. DAUD