USD64,000 kos projek reka bentuk Jajaran Hijau Bandar Perda @ MPSP dibiayai UCLG ASPAG / UN Habitat

Admin

SEBERANG JAYA – Hampir 200 responden dalam pelbagai gender memberi maklum balas mengenai cadangan reka bentuk masa hadapan bagi Jajaran Hijau Bandar Perda yang meliputi kawasan seluas 6,194 ekar di Taman Komuniti Bandar Perda, Upcycle Park dan Taman Tekoma.

Setiausaha Perbandaran bagi Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Ir. Rosnani Mahmod berkata bahawa pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan menerima USD65,000 (RM267,312.98) pembiayaan antarabangsa serta kerjasama daripada United Cities and Local Government Asia Pasific (UCLG ASPAG) / UN Habitat untuk tujuan pembangunan masa depan Jajaran Hijau Bandar Perda tersebut.

“Melalui Kumpulan Tumpu Bincang ini, kita dapat mengenal pasti keperluan-keperluan daripada kumpulan yang berbeza iaitu kanak-kanak, lelaki, wanita, warga emas, O

Orang kurang upaya (OKU) dan yang penting lagi adalah remaja, kita harap akan dapat pandangan.

“Taman-taman yang ada di sini (Jajaran Hijau Bandar Perda) adalah  hasil daripada reka bentuk dan keperluan semua penduduk serta komuniti yang ada.

“Kos untuk membuat reka bentuk serta (penganjuran Kumpulan Tumpu Bincang bagi) mendapatkan pandangan (komuniti) ini dianggarkan berjumlah sebanyak USD65,000, dibiayai oleh UCLG ASPAG.

“Jadi, MPSP bukan sahaja mendapat peruntukan daripada Kerajaan di negara ini, malah pembiayaan daripada  UN Habitat,” jelasnya ketika merasmikan Program Sesi Kumpulan Tumpu Bincang Jajaran Hijau di Upcycle Park @ MPSP dekat Bandar Perda di sini pada 13 Julai 2019.

Rosnani dalam pada itu turut merakamkan penghargaan kepada kumpulan penyelidik serta fasilitator daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadi tenaga sokongan pada projek yang buat julung-julung kali dilancarkan di sini.

Public Spaces Specialist for UCLG ASPEC / UN Habitat,  David A. Sagiata dan timbalannya, Loise Jean; wakil Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) dan anggota Majlis-majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setempat turut sertai majlis tersebut.

Sebelum acara perasmian, para peserta Kumpulan Tumpu Bincang, “Wira Oren”, kakitangan MPSP menyertai senamrobik dan tarian zumba di sini.

Teks & Gambar : ZAINULFAQAR YAACOB