Wifi@Unifi percuma di Bukit Bendera

GEORGE TOWN – Bagi memuat naik gambar kenang-kenangan dari atas puncak Bukit Bendera dengan menggunakan telefon pintar masing-masing mungkin tidak lagi tersangkut-sangkut selepas ini, kerana perkhidmatan WiFi@Unifi percuma sudah boleh digunakan oleh para pengunjung ke pusat peranginan tanah tinggi itu.

Mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow memberitahu bahawa perkhidmatan itu adalah inisiatif bersama antara agensi Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) dan Telekom Malaysia Bhd. (TM).

“Kerjasama ini menunjukkan komitmen bersama untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan di kawasan puncak bukit yang indah ini.

“Melalui kerjasama yang dijalankan, orang ramai boleh menikmati internet berkelajuan tinggi sambil menikmati pemandangan menakjubkan,” jelasnya yang juga Pengerusi PBBPP dalam sidang media di Komtar tadi.

Sebelum itu, Pengurus Besar TM Negeri Pulau Pinang, Kelvin Lee Tsuan Chin menyatakan bahawa sebelum ini memang boleh mengakses kemudahan internet menggunakan telefon pintar masing-masing di atas puncak Bukit Bendera, namun kemudahan Wifi@Unifi mungkin pertama kali dipasang di sana, kelak.

Pengurus Besar PBBPP, Cheok Lay Leng turut sertai sidang media promosi kemudahan itu.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : NOOR SITI NABILAH NOORAZIS
Video : ADLEENA RAHAYU MOHD. RADZI