Wira tidak disanjung

wira4
WALAUPUN terpaksa berendam di dalam longkang, ‘wira-wira MPPP’ menganggap tugas tersebut sebagai pengorbanan kepada rakyat Pulau Pinang.

SUDAH 20 tahun kita keluar masuk longkang, cuma orang tak nampak sahaja.

Kita buat ini dengan ikhlas dan ingin lakukan yang terbaik supaya rakyat tidak susah masa banjir nanti. Kalau rakyat susah hati, kita pun jadi susah hati. Jadi kita rela, sebab kita tahu bahawa Allah akan jaga kita nanti,’’ kata Md. Sarajudin Mydin Pitchay, 56, mengenai tugasnya sebagai Pekerja Awam Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Apabila ditanya sama ada beliau takut untuk ‘terjun’ ke dalam longkang berisi air hitam dan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk membersihkan sampah–sarap yang terperangkap, beliau menjelaskan bahawa nyawa adalah di tangan Tuhan, yang penting kita perlu hidup berbakti kepada masyarakat.

Semua kerja dilakukan dengan ikhlas. Kita mahu buat yang terbaik bagi kesenangan semua. Walaupun kita selalu buat kerja di dalam longkang, tangan saya dan juga rakan-rakan yang lain masih cantik kerana menggunakan sabun yang dibekalkan oleh pihak hospital,’’ kata Md. Sarajudin sambil menunjukkan kedua-dua belah tangannya kepada SUARA CAT di sini baru-baru ini.

MD. Sarajudin Mydin Pitchay.
MD. Sarajudin Mydin Pitchay.

Md. Sarajudin yang telah berkhidmat selama 28 tahun dan dikurniakan enam cahaya mata menambah bahawa sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau tidak pernah mengalami masalah kesihatan termasuk penyakit kulit. Sebagai tambahan, MPPP turut membekalkan perkhidmatan kesihatan percuma kepada beliau dan rakan-rakannya yang lain.

Dalam pada itu, bagi Pembantu Kesihatan Awam Kanan MPPP, Arul Selvan, 50, menyatakan bahawa, semenjak berada di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR), para pekerja awam MPPP berasa lebih dihargai ekoran sikap pemimpin serta penyelia yang sanggup turun padang untuk bersama para kakitangan menyelami bidang kerja diamanahkan.

Bukan sekadar Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Geh Thuan Tek, malah kesanggupan Yang Berhormat (YB), Yang Dipertua (YDP) dan pucuk kepimpinan lain yang sudi meninjau bidang tugas pekerja-pekerja awam MPPP telah menyuntik semangat motivasi mereka untuk berkhidmat serta bekerja dengan lebih keras.

Pada dasarnya, tiada mana-mana pihak yang memaksa mereka turun dan berendam di dalam air longkang yang kotor, namun, ekoran komitmen yang tinggi, mereka lakukannya dengan rela hati demi seluruh rakyat Pulau Pinang,’’ jelas Arul.

A. Gopal Krishnan, 52, yang telah menabur khidmat selama 22 tahun menjelaskan bahawa, tidak dinafikan, ramai pihak yang memandang rendah pekerjaan yang dilakukannya.

A. Gopal Krishnan.
A. Gopal Krishnan.

Orang memandang rendah akan pekerjaan saya, namun, apa yang dilakukan oleh saya adalah halal dan pekerjaan inilah yang telah membolehkan keempat-empat anak saya mencapai prestasi cemerlang di sekolah masing-masing.

Saya seronok kerja macam ni. Bagaimanapun, masyarakat umum perlu mengubah sikap supaya tidak membuang sampah ke dalam longkang yang mana ia akan memberi impak negatif kepada semua,’’ ujarnya.

Bagi P. Shunmugam, 54, yang pernah menjalani pembedahan jantung menyatakan bahawa, beliau lebih berminat melakukan kerja-kerja mencuci longkang berbanding menyapu di jalanan ekoran cabaran berhubung bidang tugas berkenaan.

P. Shunmugam.
P. Shunmugam.

Saya suka buat kerja longkang sebab itu kerja kuat. Sapu jalan boring. Kita mau lawan sama ini jantung. Jadi saya mau buat kerja longkang lagi,’’ kata Shunmugam yang turut menjelaskan bahawa tugasnya bermula seawal 6.30 pagi dan beliau telah berkhidmat selama 28 tahun.

 Mohd. Noor Abu Bakar, 56. Telah berkhidmat selama 30 tahun dan dikurniakan empat cahaya mata.

Takut apa? Bila kerja, apa pun tak takut! Tikus lari atas kepala, kena hambat dengan biawak, semua pun ada!”

Syed Mahamood Makdoon, 53. Telah berkhidmat selama 28 tahun dan dikurniakan tiga cahaya mata. Sepanjang pengalamannya, beliau pernah menemui mayat seorang wanita di dalam longkang beberapa

MOHD. Noor Abu Bakar.
MOHD. Noor Abu Bakar.

tahun sebelum ini.

Dulu masa BN, mereka tak ambil tau atau tindakan. Sekarang masa PR, mereka jaga kita, kalau ‘overseer’ kita panggil kita buat apa, kita pun buat lah.”

SYED Mahamood Makdoon.
SYED Mahamood Makdoon.

Sementara itu, di dalam ucapan Yang Dipertua MPPP, Patahiyah Ismail bersempena Majlis Penyampaian Anugerah Khas kepada Pekerja Awam MPPP menyatakan bahawa pihaknya akan membekalkan seragam khas kepada semua pekerja berkenaan demi kepentingan keselamatan masing-masing.

Bersempena dengan majlis tersebut, seramai 47 pekerja awam MPPP telah menerima wang saguhati penghargaan bernilai antara RM200 – RM500 daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Malah, seramai 13 daripada jumlah tersebut turut menerima Pingat Bakti Setia (PBS) sempena sambutan hari jadi Yang di-Pertua Negri Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-72 baru-baru ini.

KETUA Menteri bersalaman dengan salah seorang 'wira tidak disanjung' MPPP selepas penganuegerahan Pingat Bakti Setia (PBS) sempena sambutan hari jadi Tuan Yang Dipertua Negeri yang ke-72 di sini.
KETUA Menteri bersalaman dengan salah seorang ‘wira tidak disanjung’ MPPP selepas penganuegerahan Pingat Bakti Setia (PBS) sempena sambutan hari jadi Tuan Yang Dipertua Negeri yang ke-72 di sini.