YIPP anjur program ilmu sempena Ramadan

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow sebentar tadi menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Yayasan Islam Pulau Pinang (YIPP), Mohd. Fitri Ibrahim di pejabatnya dekat Komtar.

Dalam sesi berkaitan, Mohd. Fitri menyuarakan pandangan mengenai hala tuju YIPP untuk tahun ini terutamanya pada aspek perancangan dan penyelarasan projek pembangunan melibatkan penganjuran Majlis Tadarus Al-Quran serta Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri Pulau Pinang bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Turut dikongsikan adalah mengenai kejayaan program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Menengah Pulau Pinang dan Kelas Bimbingan Pulau Pinang Mengajar yang turut disambut baik serta berpotensi untuk ditingkatkan lagi.

Justeru, Kon Yeow memberi respon bahawa pihaknya akan meneliti cadangan program-program ilmu yang dicadangkan untuk perhatian serta tindakan sewajarnya.

Oleh : NUR ASHIKIN ISMAIL
Gambar : ALISSALA THIAN