Zulkifli Long jawat jawatan Pengarah PTG baharu

Admin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow hari ini menerima kunjungan hormat Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pulau Pinang yang baharu, Zulkifli Long.

Zulkifli mula menjawat jawatan tersebut pada 20 Julai lalu menggantikan mantan Pengarah PTG sebelum ini, Akmar Omar.

Pertemuan selama 30 minit tersebut umumnya membincangkan mengenai isu-isu tanah di negeri ini.

Beliau sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) dari tahun 2018 hingga 19 Julai 2020.

Antara jawatan tertinggi yang pernah disandang Zulkifli termasuk Pegawai Daerah bagi Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut serta Pegawai Daerah bagi Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Oleh : WATAWA NATAF ZULKIFLI

Gambar : ALISSALA THIAN