1 Syawal bersama-sama TYT, Toh Puan

Admin
TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd. Noor.

GEORGE TOWN – Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal 1443H, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dan isteri, Puan Tan Lean Kee tengah hari tadi mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri (TYT), Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

TUN Ahmad Fuzi Abdul Razak diiringi isteri menyempurnakan acara pemotongan kek.

Masing-masing berbusana batik serta fesyen tradisional, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Dato’ Law Choo Kiang dan isteri, Datin Teoh Hooi Tuang; Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dan isteri, Datin Mohaini Mohd. Saffar; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy dan isteri, K. Kalaiarasi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Dr. Ahmad Jailani Muhamed Yunus dan isteri, Datin Noorsham Muhamad Din meraikan Aidilfitri bersama-sama Ahmad Fuzi dan isteri, Toh Puan Seri Khadijah Mohd. Noor.

Ahmad Fuzi, Kon Yeow bersama-sama tetamu kehormat lain berbual mesra sambil menikmati hidangan Aidilfitri seperti ketupat, rendang serta kuih-muih tradisional Melayu.

Dalam pada itu, Ahmad Fuzi dan isteri turut menyempurnakan acara memotong kek yang disediakan khas bersempena sambutan berkaitan.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : ALISSALA THIAN