10 nelayan terjejas terima bantuan keperluan harian daripada MFB

Admin

BATU MAUNG – Seramai 10 orang nelayan yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mampu menarik nafas lega apabila kegelisahan mereka mendapat perhatian Mutiara Food Bank (MFB) hari ini.

Bantuan berupa keperluan makanan harian tersebut adalah hasil inisiatif dan bantuan Pusat Perkhidmatan Nelayan Setempat (PPSN) yang menyalurkan nama nelayan terjejas kepada MFB.

Wakil PPSN, Zuraini Md. Zin berkata, PPSN pada umumnya adalah untuk menjaga kebajikan para nelayan, pihaknya sedar terdapat golongan nelayan yang benar-benar terjejas ekoran penularan wabak CoVId-19 sehinggakan perintah pelaksanaan PKP dikuat kuasakan.

“Kebanyakan mereka adalah nelayan pantai, tapi apabila perintah pergerakan dikuat kuasakan, peraih (orang tengah) yang mengambil ikan tidak dapat masuk ke sini.

“Justeru, jika mereka ke laut, ikan-ikan hanya boleh dijual dengan usaha sendiri, kuantiti tidak banyak berbandinb jualkannya kepada peraih.

“Justeru, atas faktor itu kami (PPSN) menyenaraikan nama nelayan terjejas dan cuba memohon bantuan daripada pihak MFB,” ujarnya.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Unit Nelayan Permatang Tepi Laut, Mohd. Kassim Mohamed. di sini pagi tadi.

Terdahulu, difahamkan inisiatif sama (sumbangan keperluan harian) turut dilaksanakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Maung, Dato’ Abdul Halim Hussain kepada 20 nelayan dan Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin (10) menjadikan keseluruhan nelayan yang telah menerima manfaat seramai 40 orang.

Teks dan gambar : NORSHAHIDA YUSOFF