100 terima angpau daripada Ahli Parlimen Bukit Mertajam

STEVEN Sim Chee Keong menyantuni seorang warga emas semasa berlangsungnya majlis amal berkaitan di pejabatnya di sini pada 23 Januari 2022.

BERAPIT – Seramai 100 penerima terpilih masing-masing menerima angpau RM100 daripada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong sempena sambutan Tahun Baru Cina yang kian tiba.

Bercakap kepada pemberita, beliau berharap dengan pemberian sumbangan itu dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban kos sara hidup rakyat semasa musim pandemik.

“Dengan pemberian tunai ini, diharap penerima dapat guna untuk membeli barangan keperluan dan mengurangkan beban yang dihadapi pada musim pandemik ini,” jelasnya di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Bukit Mertajam di sini pada 23 Januari 2022.

Menurutnya lagi, hanya 20 penerima dijemput menerima angpau dalam majlis amal tersebut demi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) berkaitan memutuskan rantaian COVID-19 terus dipatuhi oleh semua pihak.

Dalam perkembangan lain, beliau dalam nada rendah diri terus menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan permainan politik golongan pelampau serta terus menghargai suasana berbilang kaum yang selama ini wujud di tanah air ini.

“Kehidupan berbilang kaum ini merupakan kekuatan negara ini, contohnya banjir besar yang melanda selangor baru-baru ini telah menyaksikan rakyat berbilang kaum saling tolong-menolong,” jelasnya lagi.

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : AHMAD ADIL MUHAMAD