1,138 terima darjah kebesaran termasuk pekerja am PBT

Admin
Abdul Rahman Abbas melakukan pemeriksaan perbarisan hormat Rejimen Askar Melayu di-Raja di perkarangan dewan Seri Pinang.
Abdul Rahman Abbas melakukan pemeriksaan perbarisan hormat Rejimen Askar Melayu di-Raja
di perkarangan dewan Seri Pinang.

GEORGE TOWNKetua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mendahului senarai 1,138 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas di sini baru-baru ini.

Arifin menerima anugerah Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama. Tiga penama lain menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka, Pengasas Country Heights Group of Companies, Tan Sri Datuk Paduka Lee Kim Tiong @ Lim Kim Yew, Datuk Seri Kiew Kwong Sen Kelvil (Pengerusi Mini-Circuits Technologies Malaysia), dan Tan Sri Datuk Tan Kok Ping (Pengerusi Magni-Tech Industries Berhad).

Lapan individu menerima anugerah Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka, Panglima Tentera Darat Diraja Malaysia (TLDM), Jeneral Datuk Zukifli Zainal Abidin, Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohamed Noor (Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM), Y.A. Datuk Zakaria Sam (Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang), Datuk Barkath Ali Abu Backer, (Pengarah Urusan Kumpulan Barkath Sdn. Bhd.), Datuk Md Yusuf Che Teh (Bekas Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang), Datuk Loh Cheng Yean (Pengerusi Eksekutif Kah Motor Company Sdn. Bhd.), Tzu Chi Dharma Master Cheng Yen (Pengasas Buddhist Compassion Relief Tzu Chi) dan Datuk Zainol Abidin Datuk Salleh (bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang).

PEKERJA-pekerja Am MPPP & MPSP yang menerima anugerah PJM bersempena Sambutan Hari Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.
PEKERJA-pekerja Am MPPP & MPSP yang menerima anugerah PJM bersempena Sambutan Hari
Jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk diberi kepada lima orang tokoh.

Seramai 57 orang dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk. Mereka antaranya, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim, Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Lembaga Zakat Penang) dan Ar. Patahiyah Ismail (Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang, MPPP).

Jumlah penerima anugerah lain antaranya 64 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 33 Bintang Cemerlang Negeri (BCN) 179 Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), 341 Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 333 Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 114 Pingat Bakti Setia (PBS).

Kesemua menerima pingat masing-masing secara berperingkat dalam majlis penuh istiadat di Dewan Seri Pinang, di sini selama empat hari bermula 14 Julai lepas.

Sebelum pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng pada satu sidang media berkata, Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan kepada Abdul Rahman kerana bersetuju memberi anugerah kepada 10 Pekerja Am MPPP dan 10 Pekerja Am Majlis Parbandaran Seberang Perai (MPSP) sebagai menghargai jasa mereka melakukan kerja-kerja 3D (iaitu) ‘Dirty’, ‘Dangerous’, Difficult’.

“Ini semua suatu kerja yang mulia. Inilah kali pertama pekerja am paling rendah dihargai… kalau dahulu orang-orang besar saja yang terima (anugerah) tapi, kita di Pulau Pinang serlahkan orang-orang kecil yang ikhlas serta mulia untuk menerima anugerah,” ujar beliau.

SETIAUSAHA Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus bergambar kenang-kenangan bersama-sama barisan pengawal keselamatan Kerajaan Negeri.
SETIAUSAHA Kerajaan Negeri, Datuk Farizan Darus bergambar kenang-kenangan bersama-sama
barisan pengawal keselamatan Kerajaan Negeri.