1,726 sertai acara berbasikal TCCP, 13 Okt.

Admin

GEORGE TOWN – Sempena Hari Sukan Negara, seramai 1726 menyahut cabaran acara berbasikal Towards Cycling City Penang (TCCP 2019) sejauh 100 kilometer (km) mengelilingi pulau bagi pada 13 Oktober nanti.

Menurut Exco Belia dan Sukan, Soon Lip Chee, 10 peratus daripada kesemua 1726 peserta adalah peserta antarabangsa.

“Program ini berjaya menarik minat penyertaan dari rakyat tempatan dan juga luar negara untuk membuat kayuhan berbasikal mengelilingi pulau ini.

“Selain itu, program ini juga selaras dengan visi Penang2030 yang memberi fokus terhadap pesekitaran,” ujarnya semasa sidang media dekat Komtar di sini pada 3 Oktober 2019.

Hadir sama, Penolong Pengarah Khidmat Masyarakat Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Khairol Izwan Salamat; Ketua Pegawai Operasi Ideal Property Group, Dato’ Goh Teng Whoo dan Pengerusi Program TCCP, Kenny Th’ng.

Tambah Lip Chee, kayuhan akan bermula dari Terminal Feri menuju ke Lebuh Raya Jelutong, Zon Perindustrian Bebas Bayan Baru, Teluk Kumbar, Bukit Genting, Balik Pulau dan berakhir di Padang Kota Lama.

Teks & Gambar: SITI HUMAIRA MOHAMED YASIN