174 pek darah dikumpul sempena kempen kesihatan

PANDUAN TEPAT… Bertemakan, A Pack of Blood, A Heap of Love, Save Life with Your Blood, sejumlah 174 pek darah berjaya dikumpul dalam Mass CPR, Blood Donation and Free Health Screening Campaign di Komtar baru-baru ini.

Selain derma darah, pelbagai aktiviti dijalankan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang teknik pemulihan kardiopulmonari atau cardiopulmonary resuscitation (CPR) yang betul, pemeriksaan kesihatan termasuk tekanan darah dan paras gula
dalam darah dan kebaikan menderma darah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik yang hadir pada upacara perasmian berkata, penganjuran kempen tersebut adalah salah satu medium untuk memaklumkan kepada orang awam tentang pentingnya penjagaan kesihatan dan perlunya seseorang itu untuk mengetahui teknik asas perubatan agar ia mampu menyelamatkan nyawa seseorang.

Kempen tersebut dianjurkan Persatuan St. John Ambulance Pulau Pinang dan Millenium Combined Adult Development and New Century Lions Club Pulau Pinang dengan kerjasama Hospital Adventist dan Hospital Besar Pulau Pinang.

SALAH seorang petugas St. John Ambulance Pulau Pinang menjelaskan teknik CPR yang betul kepada Ng Wei Aik sempena Mass CPR, Blood Donation and Free Health Screening Campaign di sini baru-baru ini.
SALAH seorang petugas St. John Ambulance Pulau Pinang menjelaskan teknik CPR
yang betul kepada Ng Wei Aik sempena Mass CPR, Blood Donation and Free Health
Screening Campaign di sini baru-baru ini.